Friday 27 February 2009

Form 6 Letter of Acceptance

SURAT PEMBERITAHUAN SMSO 02/2009
1 RABIULAWAL 1430H/ 26 FEBRUARI 2009
SMSO/14/94/E



Kepada : Pelajar-Pelajar yang berjaya

Setinggi-tinggi Tahniah diatas kejayaan pelajar.

Dengan hormat sukacita dimaklumkan perkara-perkara berikut

1. Pendaftaran bagi Tingkatan 6 Bawah sesi 2009
Tarikh : Hari Sabtu 28 Februari 2009
Jam : mulai 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Staffroom F, Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman.

2. Semasa pendaftaran sila membawa wang berjumlah $28.00 bagi:
a. Yuran Sekolah/ School Fund ($20.00)
b. Kegiatan luar ECA ($3.00)
c. Buku Maklumat Pelajar SMSO ($2.00)
d. Information Booklet for A’ level Courses at SMSO ($3.00)

3. Kemasukan Pelajar baru bagi Tingkatan 6 bawah dan Taklimat:
Tarikh : Hari Isnin 2 Mac 2009
Jam : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna, Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman.

4. Semasa pendaftaran dan kemasukan pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah. Ibubapa/penjaga penuntut adalah dijemput hadir pada hari kemasukkan pelajar baru.

5. Bagi pelajar perempuan, kain sarong ialah berpetak-petak kecil hitam putih. (tidak ada perubahan).

6. Bagi pelajar lelaki, warna kain seluar berwarna hitam, bukan jenis ‘jeans’ (tidak ada perubahan).

7. Maklumat-maklumat lain akan diterangkan semasa pendaftaran.


Untuk keterangan lanjut mengenai dengan kemasukkan, sila layari laman web sekolah di alamat
http://www.smsothman.blogspot.com/

Sebarang pertanyaan sila hubungi sekolah melalui e-mail administrator@smsothman.moe.edu.bn

Sekian harap maklum. Terima Kasih.



ROSANANI MUSING
Pemangku Pengetua
Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman
Tutong. TC 3345
Negara Brunei Darussalam.

No comments: